Monday, June 6, 2011

Sapa Aku?

Sapa aku?
Who am I?
DKK ka?
Apa tu DKK?
ha ah ... darah keturunan kelin (kelin ni orang-orang dari wilayah Kalinga, India) ... sorry the 'G' is lost ... stolen by the people of Terengganu
Balik kepada sapa aku tadi ... aku bukan anak mami, pasai emak aku Melayu tulin, dari Seberang Perai ....
anak mamak? bukan la jugak, bapa aku bukan mamak tulin, dia meninggal masa aku masih kecik lagi, tapi aku ada terjumpa IC dia dan di ruangan "BANGSA" ditulis "Jawi Peranakan" , bila aku buat research sikit-sikit, aku terjumpa yang "Jawi Peranakan" tu ialah selalu a mixture of Tamil Moslem and Malay ... so kalau macam tu, arwah bapa aku tu berbapakan India (Tamil) Muslim dan emak dia (tok aku) ialah Melayu. Aku tak berapa tau sangat pasai grandparents aku ni pasai akau tak pernah jumpa depa dan gambaq pun tak dak nak tengok.
Jadi aku ni rasanya "Jawi Peranakan" la kot tapi didalam IC aku tertulis "Melayu"

Ialah tu kot pasai kebanyakan anak mamak dan mami tanjung dah jadi Melayu dan Melayu ni sebetuinya pun campuran macam-macam kumpulan etnik - India, Arab, Cina, Eurasian, Jawa, Acheh, Banjar, Boyan (Bawean), Mendailing, Batak dan lain-lain lagi laa ....

... nanti aku sambung la tentang sapa aku ni. stop takat ni dulu kot.

0 comments:

Post a Comment